23 January 2011

Bermulanya Satu Revolusi.

Hai semua..
:D
Hehehehe
Hari ni aku ada 2 kisah untuk diceritakan kepada korang.
Biar aku cerita satu-satu eak..

KISAH BATU SATU:
Setelah sekian lama aku berkarang menggunakan bahasa antarabangsa,
akhirnya aku membuat keputusan untuk menukar semula bahasa kepada bahasa malaysia.
ye la kan,
 Bahasa Orang Putih, kita jinjing,
tapi 
Bahasa Melayu kita junjung.
betul tak ayat ni?
Tapi mungkin ada beberapa sebab lain lagi kenapa aku tukar bahasa.

Antaranya:
1. Jeles gila bila baca blog korang yang menggunakan bahasa melayu, sebab ayat-ayatnya sungguh kelakar. Yelakan, kalau guna English, nak wat lawak kene la paham bebetul cara penggunaan ayatnya. Kalau tak, maknanya aku buat lawak sengsorang la sebab aku je paham pe yang aku tulis. hahaha

2. Aku sendiri pun kadang-kadang tak dapat carik ayat yang aku nak, so kebanyakkannya aku cari kat Google Translate je. Kalau aku sendiri dah tak jumpa ayat tu, mesti pembaca aku pun tak dapat paham ayat tu jugak kan? Kepada yang paham tu memang korang pandai English la jawabnya.

3. Kekasih dan pembaca aku yang setia cakap, better tulis in Malay. Sebab susah nak baca. And bila baca jadi tak seronok sebab bila baca, orang akan rasa bila baca blog aku ni, macam tengah baca buku Bahasa Inggeris. Betul x? Tapi mestilah Buku Inggeris yang tak dapat pengitirafannya sebab tunggang terbalik grammarnya. :P

4. Penat pulak aku nak speaking je dalam blog, sebab kat luar kadang-kadang je aku speaking, itupun waktu aku dengan geng-geng aku masuk air. Yelah, time lepas belajar subject English dalam kelas barulah kitaorang semua masuk air dan membebel bahasa Inggeris dekat semua orang yang lalu lalang. Korang bayangkan macam YB jalan-jalan jumpa orang kampung sambil salam-salam tapi cakap orang putih dengan orang kampung yang tak paham langsung ape yang YB tu merepek. Macam tu la kiteorang, tapi kiteorang tak salam, cuma angkat tangan, kenyit mata, senyum kambing dengan semua orang. hahaha

Aku rasa, aku dapat carik ni je sebab-sebab kenapa aku nak tukar penggunaan bahasa aku. Kepada follower aku, kalau korang rasa baca blog aku ni best dalam Bahasa Melayu, korang teruskan la baca tau. Aku selalu terjah blog korang, tapi aku tak pandai la nak comment korang apa.. Aku tak beberapa gemar comment blog orang dengan tulis "heheh~". Aku kenelah ada ayat-ayat sikitkan.. Barulah namanya comment. Jadi, mungkin aku akan belajar cara nak comment korang ye. Nanti aku comment la. And bila aku comment, jangan la pulak korang tak layan. Malu aku.. :P Tapi takpe, mana boleh aku paksa orang balas balik comment aku tau.. Aku nak korang tau, aku hargai korang sebagai follower aku and sebagai pembaca senyap aku.. 

KISAH BERDUA
Korang ada baca tak post aku semalam,
Yang aku ada cakap aku nak cerita kat korang pasal LOVE life aku?
Kan sebelum-sebelum ni aku cakap aku dah putus dengan pakwa aku tu kan?
Sebernanya,
Aku dengan Dia bersatu kembali..
Tak lama lepas aku cakap aku putus dengan dia,
Aku sambung balik.
Cuma aku tak kecoh-kecoh kat sesiapa kecuali best friend aku jek.  
Sesiapa yang tau, tau la..
Tapi most of people tak tau..
Even dalam Facebook pun aku tak canangkan.
And semua ingat aku single lagi.. 
hehehe~
Tapi kan,
Aku dengan dia sentiasa dingin.
Kadang-kadang je aku menggedik dengan dia.
Aku sendiri pun tak tau kenapa aku dingin je dengan dia.. 
:(
Kalau boleh, aku pun tak nak marah dia sentiasa.
Tipula kalau aku kata aku tak sayang kat dia..
Siapa tak sayang pakwa beb?
Aku kenal dia dari aku Form 3 pula.
Jadi dia dah paham aku,
Aku dah paham dia..
cuma kadang-kadang aku tak paham gak dia..
Manusia kan berubah. 
Termasuklah dia.
Tapi ada perubahan dia yang aku suka,
ada perubahan yang aku tak suka..
Aku tak suka bila dia marah aku. 
Serius weyh,
Dulu dia tak pernah marah aku.
Aku je yang marah dia. 
Mungkin dia penat kot asyik kene marah
Jadi dia pun nak marah aku jugak..
Aku suka bila dia berubah untuk belajar pujuk aku.
Bukan dia tak pernah pujuk aku.
Cuma dia kurang pandai bila dia pujuk aku.
:D
Semoga Cepat Belajar Pujuk Hati Saya Ye Sayang dan Cepat Dapat Kerja ye. 

Apa-apa pun,
Aku Masih Sayang Dia.
Banyak mana?
Biarlah aku dengan dia je yang tahu.
Tak perlulah aku nak bagi tau kat sini okay?
Korang doakan lah aku dengan dia.
Kalau ada Jodoh tak kemana kan?
:)

Kepada sayang:
"U, Memang I selalu dingin dengan U, Tapi tak bermakna I tak sayang dekat U, ok? Semoga kita kekal sehingga akhir hayat ye, InsyaAllah"

Sayang Pakwe I and U all Always.
Bye~

No comments: