09 February 2011

Hidup tak seindah yang disangka.

Apa yang kita impikan dalam hidup ini tak begitu mudah untuk kita capai tanpa usaha.
Tak mungkin kita akan dapat benda yang kita nak macam tu je kan?
Betul tak?
Sekarang ni memang la aku tersangat-sangatlah PANAS.
Terlampau panas sehingga ketiak aku berlecak dan leher aku berlopak.
Ini bukan kiasan tapi kenyataan okay.
PANAS dalam dan PANAS luar okay.
Benci sangat-sangat.
Masalah kereta,
Masalah diri sendiri lagi

DAMN!!

Okay, masalah kereta,
Waktu aku balik rumah sewa hari ahad hari tu,
lampu break aku tak nak padam okay.
Aku tak tau kenapa.
Then aku call bapak aku,
Dia kata tak apalah
Nanti abah datang bawak jumper bila nak balik nanti.
Then tadi aku call tanya bila nak bawak balik kereta
since kereta tu tak bergerak langsung dan langsung tidak distart enjinnya.
And bapak aku pulak boleh buat-buat terkejut
Dia cakap,
"Bukan hari tu abah call kata dah mati?"
Then aku jawab
"Memanglah, dia mati sendiri kan angah kata?"
"Habis angah tak try start enjin"
"Ha? Mana la angah tau kene start enjin kalau macam ni"
"La.. habis terbiar je la kereta tu? Cuba start enjin tu."

Nak dipendekkan cerita, 
aku pun turun nak pergi start enjin
and tetiba,
tak boleh nak bukak kunci pun.
Battery memang dah kong habis.

"Abah, nak bukak kereta ni pun tak boleh la.."
"Battery habis la tu, kalau bukak cara manual?"
"Manual nanti kalau bukak pintu tak bunyi ke abah?"
Bapak aku boleh pulak tengking kat telinga aku ni.
"Adoyai, kenapalah angah tak start enjin tu, kan dah susah. Tengok la esok abah datang."
Aku yang terkejut dengan tengkingan dia aku jawab
"Yela! "
Tup! aku matikan panggilan.
Sungguh la sakit hati aku ni.
Mana la aku tau aku kena start kereta,
hari tu dia cakap tak apa lah, 
Esok pergi kelas dengan kawan?
So?
Apa motif dia nak tengking aku?
Memang sebagai seorang anak, 
aku tak berhak cakap macam ni kat bapak aku
Tapi,
apa salah aku? 
Bukan la aku nak jadi anak derhaka,
Tapi aku memang akan react begini kalau kene tengking
Lebih-lebih lagi bila bapak aku yang tengking
Yela, aku ni anak bapak.
Memang la sungguh terasa jantung aku ni.
Macam la kesalahan aku tu teruk gila.
haish!! 
Memang setiap kali aku pakai kereta, 
kereta akan rosak.
ok fine!
Bawak balik kereta tu
Aku tak nak pakai dah. 
Ok?
Simpan kat rumah jadikan sarang burung!!

Serius aku memang PANAS.

Perkara kedua yang buat aku PANAS adalah masalah miscommunication antara kawan
Ok fine.
Hal ni aku tak nak cerita sebab aku memang tak nak besarkan hal ni.
Tapi kalau kau kata ini salah aku.
Mungkin Ya, 
Mungkin jugak Tak. 

Mungkin lepas korang baca post aku yang ni,
Korang akan kata aku lebihkan kawan dari family.
Korang akan kata,
Aku sanggup burukan family dari kawan.
Entah la,
Aku tak tau nak kata apa.
Ini pun masalah jugak
Sayangkan Kawan Lebih Dari Keluarga.

Mungkin sebab hormon aku sekarang pun memang dah tak betul
Jadi semua benda aku nak marah.
Sekarang aku memang rasa nak menangis sangat-sangat
Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Aku dah tak nak pakai kereta,
Nanti bila kereta rosak time aku bawak
Kena bayarnya aku,
Dah la, 
Makin aku cerita kang
Makin bertambah buruk.

Apa nak jadi,
jadi...
Aku dah malas nak amek tau
Tiap-tiap hari jaga hati orang, 
Hati aku siapa nak jaga?
Tiap-tiap hari ikut kata orang,
Kata aku bila nak ikut?

ok la guys.

p/s: "Bapak aku ada pesan, tak kira la besar mana kesalahan yang bapak tu buat dekat anak dia, dia tetap seorang bapak, berdosa kalau kita sebagai anak tak ambik tau atau tidak bercakap langsung dengan bapak kita"

Aku ingat pesanan tu, then memang tiap kali aku merajuk dengan bapak aku, tak lama. Kejap je. Aku harap, dia dapat maafkan aku.

1 comment:

lovepiNkcolour said...

oh my sista tersayang. tamaw marah2 laa yea. heee. dah2 len kali kalaw da tawu tgh PANAS gi carik ice cream oke? ubat paling mujarab. :p