16 March 2012

Pening

Aku tau muke aku tak cantik....
Memang tak ada rupa pun lah..
skarang ni aku bukan nak mintak orang panggil aku cantik..
sikit pun tak..
aku just pening dengan zaman sekarang..
semua nak yang cantik..
tapi nak wat macam mana?
aku dah tak cantik..
buat apa pun tetap x cantik..
makeup la tebal-tebal..
memang dah tak cantik..
last attempt la tu aku ngorat orang...
dah taubat tak akan ngorat orang lagi,,
biar la aku duduk mencantikkan diri untuk ALLAH je...
Bukan apa,
lagi senang..
sebab ALLAH tak tengok muka kan..
kalau orang tu sujud kat DIA biar pun orang tu orang yang paling HODOH dalam dunia..
ALLAH tetap sayang orang tu.
Jadi aku tekad tak akan ngorat sesiapa pun
Dan tak akan layan orang ngorat
"InsyaAllah" 
Azam aku lepas aku dah pakai tudung..
tu dia..
Azam tinggi macam Pak Pandir..
Kalah Mat Jenin
Tapi memang apa yang aku cakap ni..
aku taknak ngorat orang dah..
aku ingat orang senang nak dapat pakwe..
tapi susah gak nak ngorat orang ni..
kalau aku cantik bak mutiara mungkin senang kot...
Sama la bagi lelaki kan..
yang hensem kejap je dah dapat makwe...
yang pandai ayat lagi senang..
tapi perempuan pandai ayat sekalipun
kalau dah buruk,
xde rupe
xdenye orang nak...
takpe2..
zaman sekarang ni bukan wanita yang makin pupus
tapi lelaki
jadi aku terpaksa la tanam azam untuk jodoh aku berjalan kaki mencari aku sendiri
aku dah tak larat carik jodoh..
tapi ape pun aku tak akan patah balik..
sikit pun tak..
aku tak akan wat balik ape yang aku sendiri dah putuskan dulu..
ayat tu hanya akan difahmi oleh orang yang ade kene mengena je
jadi kepada orang tu...
"kita kawan je... penat dah kapel dengan awak"
kepada bakal jodoh aku yang tengah melayan permpuan lain tu..
takpe-takpe,
layaan la dulu puas2..
sebab dah kawen nanti aku tak nak dimadukan..
tak kire la kau mampu ke tak..
tapi kalau dah TAKDIR ALLAH..
aku terima dimadukan..
tapi kau jangan menggatal suka-suka je nak memadukan aku...
memang xjadi la kan..
kepada orang yang aku ngorat...
"thanks layan aku selama 2 hari ni..layanan kamu sangat memuaskan, harap orang yang teristimewa dalam hidup kamu akan dapat layanan yang lebih memuaskan.."
hahaha
komen macam kat customer services pulak...
takpe-takpe,
what goes around comes around..
okay kanak-kanak..
oh ya,
kita ada benda nak kongsi..
sekadar kongsi ayat ni je..
bile ada orang jerit 
APA YANG PENTING..
jawapan dia bukan KERJASAMA..
tapi..
ALLAH HUAKHBAR!!!
benda ni kita belajar time praktikal waktu event.
penceramah tu bagi tau..
baru kite tau..
so sape yang dah bace ni kalau malu nak jawab ALLAH HUAKHBAR...
jawab KERJASAMA kat mulut,
kat hati jawab ALLAH HUAKHBAR okay?
sebab itu la apa yang kita buat..
biasa la..
ubah diri pelan-pelan kayuh...
sekarang ni adalah usaha untuk memenuhi PERATURAN ALLAH yang paling WAJIB..
Sembahyang..
harap-harap la boleh buat tanpa rungutan,rengetan,dengusan dan kemalasan!!!
Wahai syaitan-syaitan di sebelah saya mahupun yang diluar sana..
sudah-sudah la tu hasut aku....
aku nak berubah ni..
Penat dah mak dengan abah aku doakan aku supaya berubah tau..
kau (syaitan) pergi la hasut orang lain okeyh??
okeyh la bebeh..
panjang dah merapu ni..
karang kena menyapu plak..
MALAS aku..
tengok...
malas lagi..
weyh! syaitan, kau tak dengar ea aku cakap...
eh-eh,
cane die nak dengar kan?
aku tak cakap pun,
tulis je..
jadi kena la doa kat ALLAH...
Ammin...~
mohon doa diterima dan dimakbulkan...
:)

"Wahai ALLAH, aku ingin kahwin di usia yang muda lah, moga-moga jodoh aku adalah orang yang boleh membimbing aku.. kalau ditakdirkan jodoh aku orang yang buat iklan DIGI pun aku terima. sebab kuning tu warna favourite aku.. Wahai TUHAN YANG SATU, kau bantulah aku untuk aku melalui jalan KAU yang lurus dan satu itu..Yelah, mana tau aku tersalah masuk simpang ke, boleh la KAU tolong bagi tau GPRS aku tu suruh aku buat U-Turn kat simpang depan tu... Tolong tau... Sebab kali ni aku dah nekad untuk berubah untuk kejalan yang benar... tapi kalau ditakdirkan aku dapat berubah betul-betul ALHAMDULILLAH... tapi kalau ni hanyalah satu perangai yang aku merepek buat, aku memohon ampun berjuta-juta berlemon-lemon kali YA ALLAH YANG MAHA KUASA..."

No comments: